Rumah ke2 Arreessa

Thursday, April 05, 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Arreessa sejak baby lagi memang suka buku.Macam mama & babah la jugak kan.hehehee perasan.Mama suka majalah je.Babah yang baca buku akedemik sikit.huhuhhuuu

Sekarang tempat main-main Arreessa bukan la playground or Kidzmania. Tetapi MPH, Popular :)

Ayah ainul dulu pun rajin bawa kami je kedai buku. Kalau nak anak patung , berguling meraung sekali pun ayah tak layan. Tapi kalau beli buku ayah cepat je setuju. Sebab itu la kot kami adik beradik suka membaca. Mak ainul pun suka membaca. Mak suka majalah. Kat rumah majalah MIDI, wanita, RASA, Impiana harus ada. dan Mak memang pelanggan setia.

Eh, maaf sudah lari tajuk :)

Kembali kepada kisah Arreessa.

2 minggu lepas, kami ke Jusco atau dikenali sebagai Aeon Bukit Tinggi. Tujuan asal hendak beli botol susu Arreessa. Botol yang ada sudah lama. Rupanya kat sana takde pulak jual botol MAM.ehmmm mama shopping la benda lain. Husband ajak ke Popular. Arreessa excited la.Habis semua buku dia ambil. Semua orang pandang. Ada yang pandang sinis, ada yang senyum. lantak la kan. Ini cara Ainul untuk Arreessa cintakan buku.  Kami membaca siap bersila lagi.













Semua buku ni Arreesa yang punya :)


Seronok tengok anak cinta kan buku. Harap selamanya dia cinta, sayang kan ilmu.


Sayang Arreessa :)



LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. rayyan pun suka book.. ada satu eksipoledia haiwan tu sampai dah koyak dah huhuhu

    ReplyDelete
  2. nampak mcm ainul fadzilah junior yg berlari..hehe..

    ReplyDelete