Percutian 4 Hari 3 Malam…

Entry berabuk..fuhhhh!! sapu habuk dulu ye 🙂

Rasanya ramai yang dah tahu kan?? eh belum ke?? hehheee… percutian 4hari 3malam kami ke DEMC. sebabnya Arreessa sudah seminggu demam, batuk, selsema, cirit-cirit.complete full set tau. Kesian dia.batu sampai berbunyi dan nak bernafas pun susah.Ya ALLAH , hati ibu mana yang tahan tengok anak dia sakit kan. Kebetulan pulak time tu cuti panjang Thaipusam dan Maulidur Rasul.

Hari Rabu pagi-pagi terus bawa Arreessa ke DEMC. Time tu la pulak ramai betul kanak-kanak lain yang sakit.Kitaorang pun walk in je.Lama la juga menunggu. Arreessa asyik nanges je.taknak duduk langsung.Mama terpaksa dukung berjam-jam nak tunggu giliran.

Bila bawa masuk, Dr Fadzilah terus tanya dah berapa demam. Bila cakap je dah seminggu terus doctor suruh admit to hospital. Redha je la.Janji anak sihat. 1st time Arreessa kena masuk hospital.huhuhu

muka budak yang baru kena masukkan ubat kat buntut.dari demam terus sihat sejahtera.sabo je la.Time ni tengah tunggu urusan PMcare ..
mama!!!!
Lepas semua dah settle, nurse datang masukkan drip, makan ubat.Sedih sangat tengok tangan Arreessa berbalut sana sini.Dia asyik tarik balutan tu.” nanakkkk” (taknak versi arreessa)
tidur kepenatan..kesakitan…
Hari pertama dapat bilik double.Arreessa sangat la peramah,mesra sungguh sampai kejap-kejap singgah jiran sebelah.Adusss!! kesian budak sebelah tu.Ainul request bilik single tapi semua full.Doa sangat dapat bilik single sebab selesa sikit.huhu
sakit-sakit pun tak duduk diam langsung.nak lari sana sini.Mama terpaksa berlari jugak kena bawa drip air tu.
tengok tab dengan babah & tok 🙂
Hari ke 3 baru boleh buka drip tu. Lega sikit sebab dapat la dia lari sana sini. Bila dah bebas tu, 1 ward dia tawaf.lari sana sini. tegur nurse, tegur doctor..
Sebelum tu, dia sibuk borak dengan doctor.lupa nak snap…
Hari terakhir sebelum balik, sempat main kat palyground dulu..tempat feveret arreessa.
sukerr tgk FISH
mama bila kita nak balik….
bersiap mahu pulang….
Alhamdulillah, Arreessa makin sihat. Harap sangat lepas ni takde masuk hospital lagi.bosan giler.huhuhuuu..tapi DEMC memang best,nurse, doctor best.
Paling best sebab masuk hospital FREE..company bayarkan dan dapat duit FREE lagi..rezeki Arreessa.

2 thoughts on “Percutian 4 Hari 3 Malam…

  1. ni antara benefit org private yg aku jeles ke main
    medical benefit korang mmg fabulous
    tapi alhamdullilah, spital gomen pn dah makin ok.

    kalau anak sakit, mmg kita mak ni x sanggup nak tgk kan. kesian. bila dia muntah, pastu badan lembik je. rasa nak je tukar tmpt ngan dia

  2. itu je la kot yg best 🙂 .. gomen skrg pun dah ok.malah ada yg ok dr private.
    sedih dayu bila tgk anak kena cucuk sana sini.betul rasa nk tukar tempat je.siap berdoa bg je la mama yg sakit bkn arreessa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge