~ Happy 16 Months Old Arreessa ~

Thursday, February 02, 2012

selamat 16 bulan sayang.. Alhamdulillah dah macam-macam yang Arreessa boleh buat sekarang. Paling latest adalah pencapaian memecahkan pasu mama.huuhhuuu...

Bab bercakap dia memang No 1. Non stop cakap jeee... Paling suka ajuk orang cakap.Sabo je la.Bila orang menjerit " YA ALLAH " dia pun " YA ALLAH" versi pelat Arreessa. Bila orang suruh panggil tok saaid , dia pggl "iddd" , tok zurinah " nahhhh" .. tapi pandai panggil tok " wokkk" ..
Asal nampak kete " tetaaa", oriii (lori) .... nampak je kedai " minum minum " .. nampak air " airrrr" sambil pegang  baju.suke betul dengan air.

Sekarang dah boleh berlari. lagi laju dari mama dia. Bila nampak je pintu bilik air terbuka or ada orang lain nak masuk bilik air, dia kelam kabut lari sambil sebut "airrrr" nak mandi la tu. Kalau mandi, letak dia dalam tab mandi baby.punya la suka sangat. Bila la nak bawa dia p mandi pool. mandi pantai sudah.tak takut pantai.siap pegang tangan babah suruh bawa dia ke arah pantai tu.

Hobi Arreessa membaca. Asal nampak buku mesti nak tengok.baru-baru husband belikan encyclopedia. Bukan main seronok dia. Kitaorang dah taknak beli buku kanak-kanak sebab arreessa cepat bosan. encyclopedia tu lebih menarik & mama babah pun boleh baca jugak. Nanti ainul tunjukkan ye :)

16bulan jugak ainul berjaya breastfeed Arreessa.Alhamdulillah. Tak pernah sangka boleh sampai tahap ini.

Semoga Arreessa sihat, berjaya dunia & akhirat :)







love ~ mama :)





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments