Tips Berjaya dalam Penyusuan Susu Ibu - Halangan dari orang sekeliling

Friday, November 04, 2011

Memang la tidak dinafikan untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu ini memerlukan sokongan dari suami, ibu bapa, mertua , kawan-kawan dan orang sekeliling kan. Tapi bagaimana kalau mereka sendiri memberi kata-kata negatif?? saya bukan la pakar dalam hal ini tetapi sedikit ilmu, pengalaman yang saya nak share.Mana tahu dapat membantu kawan-kawan kan...

Suami
- Orang yang dekat dengan kita. tulang belakang kita.harus la kuatkan menyokong. Alhamdulillah husband ainul sokong 200% ..malah dia lebih positif dari ainul.hehhehehee..
-Dulu husband pun tak langsung ilmu pasal breastfeeding ni.Apa yang ainul buat, bawa dia bersama-sama ke antenatal kelas. Kat sana kan ada talk pasal breastfeeding.Bermula dari sana, husband akan terbuka mata akan kebaikan susu ibu.
-setiap kali anda dapat ilmu baru pasal breastfeeding, share dengan husband. Setiap hari dalam kereta lepas on the way balik dari kerja, kami akan berborak pasal macam-macam.selitkan sekali kebaikan susu ibu :)
-jangan bagi husband fikir yang breastfeeding ini menyusahkan.Yelah nanti dia akan pk kena beli breast pump yang mahal la, itu ini la kan..cuba yakin kan dia bahawa pelaburan hanya sekali tetapi berpanjangan.Lelaki selalunya suka fakta. husband ainul giler math.so kena bentangkan kertas kerja melalui ilmu hisab :)
-percaya la org lelaki akan support kalau menyenangkan dia :)

Ibu Bapa
-mak ainul bukan la 100% support susu ibu pada mulanya. Dulu masa anak sedara baru lahir, asal nangis je mak suruh bagi FM.lapo katanya.Tak cukup dengan susu ibu.
-awal-awal lagi ainul dah cakap kat mak yang ainul nak full bagi susu ibu.apa jua halangan jangan suruh ainul bagi FM.Mak diam je.Mak tahu ainul sorang yang degil..tapi cakap elok-elok ye.bukan dengan kasar.cuba terangkan betul-betul.itu je.
-Alhamdulillah mak sekarang sangat support bf.sebab dia nampak senang, arreessa pun sihat, cergas.Opah mana yang tak suka kan. Dia yang jaga ainul masa dalam pantang.Dia pun tak perlu bangun malam-malam nak bancuh susu.hehheehe opah boleh tidur lena .
- Thank you mak.I love u so much..

Mertua
- sangat mencabar. yelah mertua yang jaga arreessa sejak ainul start masuk keje balik.nak ajar macammana nak ajar handle ebm..hohohoo
-ainul beli warmer bagi memudahkan MIL.Alhamdulillah MIL seorang yang sangat baik & sudi belajar everything pasal susu ibu. kekadang dia yang google sendiri pasal breastfeeding.TQ mama :)
-pastikan anda sediakan peralatan yang secukupnya.terutama warmer la.tak perlu nak panaskan air. ambik masa & susahkan mereka.kalau warmer 2minit dah settle.boleh terus minum.
- sekarang MIL cakap handle ebm lagi senang dari FM :)
-ajar sikit-sikit. prove kan ebm lagi senang.memang senang.panaskan je.no need to masak air panas, air sejuk....
-nampak macam senang tapi tidak juga..perlukan ambik masa untuk educate mereka.sebab zaman diaorang takde breastpump sume.MIL siap cakap rugi dulu tak full bf anak-anak dia.takpala sekarang terbaik untuk cucu dia jugak kan...

orang sekeliling
- ini termasuk la sedara mara, kawan-kawan..
- ada jugak makcik-makcik yang cakap bf ni susah la,nanti nak p keje penat, anak manja dan macam-macam la.
- butakan hati, tutup telinga
-anak kita manja biarla kan...dia manja dengan kita.mama dia .nak ke anak manja sayang lebih kat orang lain?? OH NOOOOO
-susah nanti nak tinggal p keje? apa yang susahnya?? perah, masukkan dalam peti ais, panaskan & minum.susah ke? makcik nak senang macammana lagi?? ehmmmmm


Kita ni ibarat duta kecil bagi penyusuan susu ibu. Siapa lagi nak educate mereka kalau bukan kita. Berjaya sampai 2tahun ke tak itu cerita lain.Janji kita dah berusaha kan.dapat exclusive breastfeeding  6bulan itu pun dah cukup hebat.

tips seterusnya di lain hari :)




ini bukan arreessa tapi awatif ( anak sedara ) 





LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. btol tu..
    kalau dpt yg memahami ok..
    sy sama cam ainul..
    hihi..
    n ape yg org sekeliling ckp pn sama..
    then bile dieorg tgk kite tekad..
    bb sihat, baru dieorg x ckp pape..
    yg pntg snd kene kuat smgt n hubby bg support..
    adik sy yg tlg jaga syahmi b4 kawen dl pn ckp nnt nak bg anak die susu ibu..
    sbb die da blaja cara handle ebm sume n die pn ckp sng..

    ReplyDelete
  2. @ain_nia: betul.yg penting kita yg kena kuatkan.susu ibu mmg senang.malam2 pun sambil tido blh bf arreessa.hehee

    ReplyDelete