Jom masak bersama Ainul~ Nasi Beriani

Monday, October 10, 2011

Semalam berjaya buat nasi beriani dan ayam masak merah. Saje nak mencuba sesuatu yang baru..hehehehhehe

Nasi Beriani

Bahan-Bahan:
3 cawan beras
3cawan air
30gram Rempah beriani * ainul guna adabi
40gram minyak sapi * terletak sikit..so agak kering..heheehehe
40gram minyak masak
1/2 cawan susu cair
4biji bawang merah * ainul guna 6biji..suke bwg banyak **
4biji bawang putih * pun letak banyak **
15inci halia * agak2 je la**
gula
garam

** bahan-bahan ni kisar ye


Cara-caranya


1.Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi ke dalam periuk nasi.Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.Kemudian masukkan rempah beriani.kacau sampai wangi.

2.Masukkan susu cair.kacau sampai mendidih

3.Masukkan air,beras, gula & garam

4.Masak sehingga nasi masak ")

Korang boleh la hiasan dgn gajus, kismis , bawang goreng kalau suka..

sumber google ")


Ayam Masak Merah Mama Arreessa

Bahan-bahan

Ayam
serbuk kunyit
10 helai cili kering **
4-6ulas Bawang merah**
4-6ulas Bawang putih**
1inci halia**
belacan**
gula
garam
Asam jawa

**kisar 

cara-caranya

1. Gaul ayam, kunyit & garam bersama.

2. Goreng ayam sehingga kekuningan

3.Asingkan ayam yang digoreng tadi

4.Panaskan minyak.masukkan bahan kisar .Tumis sampai cili garing atau sampai pecah minyak

5.Bila dah garing masukkan gula, garam & asam jawa

6.Masukkan ayam

7.Siappppp

sumber google jugak ")


Alhamdulillah licin!!! 

Maap la gambar lupa nak snap.so terpaksa la rompak dari google untuk memeriahkan suasana..

Selamat mencuba ")

LAGI ARTIKEL MENARIK

6 comments

  1. wah..wah..nk jugak rasa chef faiz masak nasi biriyani..haha

    ReplyDelete
  2. mintak izin nk cilok resepi yer ainul

    ReplyDelete
  3. Ainul, bwg merah tu bwg besar ke?
    Pastu utk nasi tu, guna beras ape? beras biasa je eh?

    ReplyDelete
  4. rina:ilah yg masak laaa..huhuhu

    ReplyDelete
  5. norina: bwg kecik ye.beras ainul guna beras biasa jek.tp kalau beras brasmathi lg sodap lerrr..

    ReplyDelete