Breastfeed Arreessa lagi ke??

Breastfeed Arreessa lagi ke??

Ramai yang bertanya sama ada Ainul masih lagi breastfeed Arreessa ke tidak.Hehe nampak sangat lama dah tak buat entry pasal breastfeeding.

Alhamdulillah masih lagi breastfeed dia.Syukur berjaya dapat Degree dalam penyusuan.Degree apa pulak tu?? sebenarnya takde apa-apa pun.cuma kat KIM , sedikit penganugerahan yang diberikan untuk bagi semangat kat ibu-ibu. Seronok jugak tapi jangan la obses okey”).. Selepas 6bulan penyusuan dapat diploma, setahun degree, setahun setengah master & 2tahun PHD ..

Syukur sangat-sangat ALLAH permudahkan segala urusan. Cabaran jangan cakap la.air mata , suka duka ALLAH je yang tahu.Macam-macam cabaran.huhuhu

1. Czer
-Ainul lahirkan Arreessa melalui Caesarean atau pembedahan.sebab Arreessa duduk dalam perut secara songsang.Maksudnya kepala kat atas. Ramai yang suggest p berurut.Tapi 100% berkesan ke? ramai yang cakap berjaya pusingkan balik tapi Ainul taknak ambil apa-apa risiko.Apa jua yang terjadi Ainul yang tanggung.dan ainul rasa ainul buat keputusan yang betul sebab tali pusat arreessa sangat-sangat pendek.nak pusing macammana??? ..biarla apa orang nak cakap janji ainul & arreessa selamat.
Alhamdulillah lepas je selesai sume, hari pertama lagi ainul dah berjaya bf arreessa.cuma terkial-kial la sikit nak pegang coz arreessa kecik je masa lahir.

cara untuk menyusukan bayi kalau bersalin czer adalah mengiring tapi Ainul tak reti.Serius ainul menyusukan arreessa secara mengiring selepas arreessa 6bulan. Mulai hari pertama tu ainul bf secara duduk.tak sakit ke?? sakit la jugak bila time nak bangun tu.sandarkan la bantal kat belakang. So far ok je.lama la sikit rasa sakit tu.

2. Inverted nipple
– Ainul diuji lagi dengan puting buta pulak.Arreessa sudah la kecik nak buka mulut pun tak besar mana.nipple pulak pendek.Sedih sangat-sangat..huhuhuu..tapi itu bukan la alasan untuk stop bf.Macam-macam cara ainul cuba.Akhirnya berjaya. yang penting kena banyak SABAR & KUAT SEMANGAT.

3. Stok hari ini untuk esok
-Ainul bukan la jenis yang susu melimpah ruah.penuh peti ais sume.Hari pump untuk esok. Paling teruk, pump pagi untuk tengah hari. Time lunch balik rumah hantar stok susu untuk Arreessa.Opis kat KL, rumah kat Shah Alam.Penattt tapi puas 🙂

4.Tak nak minum botol
-Arreessa banyak kali taknak minum susu dgn botol.Sampai MIL terpaksa guna sudu.time tu masa dia 4-5 bulan. Meraung-raung lapo.Ainul penah 2,3 hari balik awal sebab dia lapo.tanya pada kawan-kawan suruh tukar puting.Mula-mula guna tommee tippee, pastu tukar ke MAM, lepas tu nak TT balik.Sabo je la.Cerewet cik Arreessa sorang ni.

5. Refuse for EBM
-sekarang ni pulak Arreessa tolak ebm pulak. Habis sume stok yang tak seberapa tu kena buang nanti. tak sedap mungkin.nasib baik dia kuat makan.tolak kayu & batu je.Yang lain sume dia telan.nanti ainul buat entry khas pasal kes macam ni ye:)

Breastfeed ni tak susah tapi penuh dengan cabaran.KUATKAN SEMANGAT, DOA BYK2..insyaALLAH ALLAH mesti bantu.

Arreessa,
mama halal kan setiap titik air susu yang mengalir dalam badan kamu. Mama puas hati.Cukup puas hati dapat berikan susu mama untuk kamu selama setahun ni. Penat lelah sume mama dah lupa bila lihat kamu membesar dengan sihat. Kamu adalah hadiah dari ALLAH yang cukup indah, sempurna buat mama selain babah 🙂




8 thoughts on “Breastfeed Arreessa lagi ke??

  1. u go mummy!!dina dah mengalah..kena top up gak ngan FM since last week tu..tp tetap rasa puas at least dh berjaya utk setahun..dan setahun yang akan datang ni, akan tetap terus BF rafique walaupun dah top up..moga rezeki anak2 ini terus dipermurahkan..amin..

  2. baca entry ainul mmg feeling sebab nak fully BF ni mmg banyak cabaran..alhamdulillah still dapat bf kasih sampai sekarang..selagi ada susu bagi ye..kepuasan hanya kita yg rasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge