Tips membeli rumah-part 2

Kita bersambung kembali kepada tips pembelian rumah episod ke2.. kepada yang dah terlepas boleh refer kepada entry INI ye..

Entry ini membincangkan tentang cara untuk proses pembayaran pembelian rumah.Ini la yang paling penting kan. Kali ni ainul akan share tips bagi pembelian rumah 2nd ye. Rasa kalau rumah 1st lagi senang kan.sebb kita terus deal dengan developer. Kalau beli rumah 2nd kita perlu deal dengan agen, owner lama & lawyer..

Apabila dah jumpa rumah yag dah berkenan dihati. Location rumah pun da berkenan, harga rumah pun dah berkenan. So apa lagi kita teruskan la step seterusnya.Yang penting kena cepat , kalau tak nanti disambar orang..

  1. Kalau korang deal dengan agen, minta la buat 1 perjumpaan antara agen & owner. Sangat la penting untuk kenal berkenalan dengan owner tu. Sebab dari owner tu kita tau la mcmmana keadaan rumah kita.lagi molek kalau jumpa kat rumah yang nak kita beli tu.sambil-sambil tengok keadaan rumah, boleh la borak-borak dengan owner.
  2. Check betul2 rumah tersebut.tanya betul2 kat owner. Sama ada rumah tu ada bocor kat mana2 ke.ada rosak kat mana2 ke.so korang boleh budget cost untuk repair nanti.tanya jugak owner jiran-jiran area tu.jiran pun sgt penting tu.kalo sakit tgh2 malam , boleh minta tolong jiran kan.
  3. Selepas dah berkenan tu, korang boleh la p mana-mana bank tanya pasal loan. Untuk makluman, kalau rumah 2nd ni ada market value.maknanya harga rumah yang owner letak dengan market value mungkin tak sama.Owner berhak untuk naikkan harga rumah lagi tinggi dari market value. Contoh, harga rumah owner letak rm300k tetapi market value hanya rm280k.so kita hanya boleh dapat loan untuk harga rm280k sahaja.balance sila la op up sendiri.
  4. Selalunya agen akan suruh org bank call kita.kalau boleh minta mcm2 bank.so kita boleh pilih nanti yg mana berikan BLR yang plg rendah.
  5. Mcm kes ainul,CIMB call minta info psl gaji, keje kt mana.ainul buat join loan.sbb kalau sorang je buat loan memang tak mampu la.hutang piutang pun dikira termasuk kan hutang dengan PTPTN, kad kredit.apa jua commitment yang kita ada.
  6. Dalam masa sehari dah tau loan kita lulus ke tak.so bila dah lulus boleh la proceed dengan step seterusnya.
  7. Tetapi jangan cepat sain aggreement dengan bank ye. Minta diaorang check market value dulu.so far CIMB je yang letak market value tinggi.maknanya harga rumah dengan harga bank sama. So ainul tak perlu top up. Fuhh mana nak cari 20K, 30k extra kan..
  8. Bila dah confirm loan lulus, bayar 2% kat agen sebagai booking fees. Korek la mana-mana tabung yang ada.huhuuhu
  9. 10% perlu dibayar kat onwer tetapi 2% adalah untuk agen.so 8% kena bayar kat owner. Kena bayar lump sum ke?? Ainul pun takde duit sebanyak tu tau..so apa yang kitaorang buat, bawa lawyer jumpa owner, berbincang untuk bayar sikit2 dalam beberapa bulan.Alhamdulillah owner setuju.Lawyer akan buat aggreement yang kitaorang akan settlekan 8% dalam masa 6bulan.so duit gaji sume bagi owner je la.ikat perut…huhuhuu
  10. Duit lawyer pulak bergantung pada harga rumah.ainul dulu kena dalam rm15k.bayar sikit2 jugak..
  11. Time ni la kita akan sign aggreement dengan bank & lawyer.
  12. Ambik masa juga nak settlekan sume ni. Yelah nak tukar milik owner lama ke owner baru.
  13. Alhamdulillah semuanya dah settle.
  14. Jangan takut untuk try pasal loan.just tanya sama ada kita layak atau tidak
  15. Ainul ambik masa setahun untuk survey rumah.dari sebelum kawen.huhuhuu

 

Apa yang best apsal rumah 2nd ni..
Ainul teringin jugak rumah baru tapi harga rumah baru akan makin naik inkut progress.kalau nak murah kena time launching tu.
1.Rumah 2nd ni kita dah tau rumah tu besar mana. Bilik kat mana, kawasan mana
2.kita dah tau kawasan yang kita nak beli.dekat dengan kedai ke, dekat dgn LRT ke
3. Kita dah tau jiran-jiran kita
 

Apa lagi ye nak cite pasal rumah ni.kalau ada nak tanya apa-apa tu silakan email ainul ye.tak pun boleh tanya kat FB..

Good luck.selamat membeli rumah kegemaran anda “)

 

 

 

 

 

 

7 thoughts on “Tips membeli rumah-part 2

  1. Good info..skrg ni pun tgh melalui fasa ni..tp our lawyer yg nk tolong psl loan ni..sbb law firm tu panel pd certain bank..and dia recommend cimb gak..ikutkan valuer RHB lg tinggi dr semua bank tp proses dia sgtla lambat.kdg2 dlm tempoh 3 bln yg nk kena settle all doc pun loan tak settle2 lg.

  2. Good info..skrg ni pun tgh melalui fasa ni..tp our lawyer yg nk tolong psl loan ni..sbb law firm tu panel pd certain bank..and dia recommend cimb gak..ikutkan valuer RHB lg tinggi dr semua bank tp proses dia sgtla lambat.kdg2 dlm tempoh 3 bln yg nk kena settle all doc pun loan tak settle2 lg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge