Arreessa day out

Wednesday, November 10, 2010

Ahad lepas pertama kali bawa arreessa keluar p shopping.sebelum ni keluar p klinik je kan.Balik je shah alam ni, semua barang-barang dapur takde.so terpaksa la keluar beli apa yang patut.Destinasi kami jusco bukit raja.tu je yang paling dekat dengan umah.


Arreessa agak takut dengan suasana kat sana.maybe bising dan ramai orang.Kami pulak letak dia dalam stroller.nak rasmi stroller baru.mula-mula arreessa menangis tak mau duduk tp lama-lama syiok pulak tido dalam tu.

Nasib baik kat jusco ada baby room.so senang dan bf & bersihkan poo poo arreessa. Masalah lain pulak tak semua aras ada baby room.Bila kitaorang turun ke G floor utk beli barang-barang dapur, arreessa merengek nak susu.Adossss!! takkan nak naik ke atas plk semata-mata nk bf kan.dah la ramai org.Nasib baik ainul ada bawa shawl.so cari tempat duduk, cover dengan shawl & bf arreessa.time tu la orang ramai asik pandang je.segan pun ada.nampak sangat tgh bf baby.Tp ainul ignore je.buat muka bangga sbb "saya bf baby saya"..hihihihi



LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

  1. sangat kreatif la you :) nice..Arreessa sangat comel lah :)

    ReplyDelete
  2. lps ni kena bw je shawl ke mana2 kan.tetiba jd mcm ni tak le menggelabah.tp sbnrnyer gabra gak time tu.1st time la katakan.takut ternampak apa yg tak sepatutnye nampak.hihiihi

    ReplyDelete
  3. sonok arreessa dah jalan2. zahin belum jalan2 lagi selain pegi hospital dan klinik. hehe. ganbatte bf mommy!

    ReplyDelete
  4. terpaksa la nad.tp bgs jgk kalo kita ajar diaorg dr kecik lg.nanti senang nk bw p mana2.nanti update cite bw zahin jalan2 ye :)

    ReplyDelete