Tanda-tanda Hampir Bersalin

Tuesday, September 14, 2010


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. ainul selalu sakit kt sini...huhuuhu
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing.
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut 
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. 
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.  
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
 credits to Ratuhati.com
Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

  1. aduhhh ngilunya bace ainullll huhu. tp semua wanita pasti akan merasainya kalo ade rezeki kan huhu

    semoga ainul slamat melahirkan baby, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. mun-e: sbb tu la syurga dibwh tapak kaki ibu.byk membaca & bt research insyaALLAH bersedia kot.senang @ susah tu ALLAH nak uji.nak hapuskan dosa.bila bc cite org lain senang je bersalin, kita pun mesti la blh kan.nak think +ve je.ramai yg ckp sakit tu nikmat bila tgk baby.takpalah nanti ainul share pengalaman sendiri.takut gak tp tawakal pd ALLAH je la

    armouris: penah baca tp kt malaysia tak byk hospital yg practice b'salin dlm air.kt astro penah tunjuk.ch apa entah lupa.

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua alert dengan alarm sebegini :)

    ReplyDelete